NeNeK-nEnEk
Permainan ini merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak zaman dahulu. Permainan ini di ajar oleh sepupu serta rakan-rakan di kampung ketika main bersama dahulu. Permainan ini juga, memerlukan lebih daripada 2 orang kanak-kanak tetapi akan lebih seronok, jika dimainkan lebih ramai.
Alatan yang diperlukan hanyalah - kain@ selendang
untuk menutup mata "nenek", sebatang kayu sebagai tongkat nenek.
Cara permainan
1. perkara pertama yang perlu sebelum memainkan permainan ini
ialah mengajar kanak-kanak lagunya terlebih dahulu... berikut merupakan lagu
nya..
2. caranya, pilih seorang kanak-kanak untuk jadi nenek. Ikat
matanya dengan kain@selendang
tadi...jangan ketat sangat tapi pastikan juga
"nenek" tersebut tak boleh nampak ok....berikan
juga tongkat tadi
supaya dapat membantu si nenek yang tertutup matanya itu.
3. kemudian, kanak-kanak yang lain buat
bulatan mengelilingi nenek tadi, atau pendek cerita, nenek tadi berada di
tengah-tengah bulatan ye..
4. kemudian nyanyi ramai-ramai......
nenek-nenek, si bongkok tiga,
siang mengantuk, malam berjaga,
mencari cucu di mana ada,
nenekku kahwin dengan anak raja....
5. kemudian nenek pulak sambung nyanyi sorang-sorang..(yang lain
senyap dan duduk)
cucu-cucu tak dapat lari,
nenek tua banyak sakti,
sekarang jugak nenek mencari,
siapa yang kene dia yang jadi...
6. selepas nenek habis menyanyi, nenek pun perlu berjalan mencari
"cucu-cucu" . setelah dapat seorang, nenek perlulah meraba wajah dan
cuba meneka siapa kah nama cucu yang ditangkapnya...
Peraturan permainan
1. yang menjadi nenek perlulah jujur..jangan curi-curi tengok
ye....(sebenarnya dulu saya pun buat...haha..)
2.cucu-cucu pula, setelah duduk, jangan lah lari-lari lagi@ berubah
tempat. cucu-cucu perlu berada di lingkungan kawasan bermain sahaja...kalau
tempat permainan terlalu luas, kesian si nenek tu nak mencari..di sini adalah
peranan guru, bagi memastikan kanak-kanak mengikut peraturan dan menetapkan
lingkungan kawasan yang tidak terlalu luas..
3. itu sahaja pearaturan nya..hehe.......
No comments:
Post a Comment