Batu Seremban juga
dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat.
Permainan tradisional ini digemari oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya
dimain secara berkumpulan iaitu dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli
kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan
objek lain yang berbentuk bulat boleh digunakan dalam permainan ini.
Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan batu
seremban ini selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam
rumah atau di mana sahaja asalkan terdapat permukaan lantai yang rata. Pemain
juga harus duduk diatas lantai supaya ianya lebih senang dimainkan. Dalam
permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah,
di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat
yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah lapan.
No comments:
Post a Comment