Pengenalan
Merupakan jenis
permainan laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk mengalahkan pihak
lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Perlawanan di dalam permainan ini
adalah berkonsepkan ‘Pertahan’ oleh satu regu dan ‘Penyerang’ oleh satu regu
yang lain.
Permainan tradisional ini dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan tradisional ini dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional
yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang
yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan
pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain
galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat
mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah
pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua
atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang.
Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang.
Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang,
maka mereka boleh menang dengan mudah.
Cara bermain
Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar
mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.
- Gelanggang
galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar
bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu
petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
- Selepas
pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua
dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan
siapa yang menempuh gelanggang.
- Selepas
penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang
dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga
garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
- Kumpulan
menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan
menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari
masuk ke dalam gelanggang.
- Penjaga
akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang
dijaganya.
- Penempuh
akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh
penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
- Kemenangan
tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi
garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin
berhenti.
Syarat permainan
- Jika
penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati
atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
- Jika
penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat
giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.
No comments:
Post a Comment