Permainan Teng-Teng,
atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh
kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia
menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang
besar.
Teng-teng dimainkan oleh
sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah
gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam
satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia
akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.
Gelanggang teng-teng
ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam
satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu
objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.
Cara Bermain:
Sebelum permainan
dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya.
Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.
Untuk memulakan
permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama
dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain
yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu
dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih.
Pemain dikehendaki melompat
ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak
yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak
tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.
Setelah pemain melompat
kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak
kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain
dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan
seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan
giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan
penamat.